sila klik

Rumahtangga Bahagia

Monday, May 3, 2010


Hadith Rumah Tangga

فتنة الرجل فى أهله وماله وولده وجاره تكفر ها الصلاة والصوم والصدقة والامر بالمعروف والنهى ونهى عن المنكر



FITNAH BAGI SESEORANG LELAKI ITU PADA ISTERINYA, HARTANYA , ANAK-ANAKNYA DAN JIRANNYA. MENGHAPUSKANNYA OLEH SEMBAHYANG , PUASA , SEDEKAH DAN MENYURUH BERBUAT BAIK DAN MENEGAH KEMUNGKARAN.- riwayat al- Bukhari.

Maksud hadis:
1. Fitnah Ahli (isteri): Seseorang itu akan melakukan sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak halal demi untuk isterinya.

2. Fitnah Harta: Seseorang itu akan mengambil harta-harta dengan cara yang tidak halal dan menggunakannya kepada yang haram , dan juga dia akan mengambil daripada yang bukan sumbernya yang halal dan akan menggunakannya pada perkara-perkara yang tidak halal .

3. Fitnah Anak: Seseorang itu terlampau sayang pada anak, sibuk dengannya sehingga tinggal dan leka daripada membanyakkan amal kebajikan .
Ataupun maknanya: terlajak berusaha mencari nafkah sehingga tanpa memelihara batas-batas haram.

4. Fitnah Jiran: Berangan-angan mendapat harta seperti harta jiran dan angan-angan kalau-kalau harta jirannya itu hilang atau rosak binasa.


Maka akan menghapuskan fitnah tersebut dengan mengerjakan :

1. Sembahyang.

2. Sedekah.

3. Puasa.

4. Menyuruh buat baik dan menegah kejahatan. (amrun bil ma'ruf wa nahyun anil munkar).


= Huraian dan ulasan adalah sedutan dari kitab Hasyiah al Syanwani ala' Ibni abi Jamrah lil Bukhari. m.s 50.

masyaikh...


Almarhum Habib Anis bin Alwi Al-Habsyi bersama Habib Ali Jakfar Alaydrus (Batu Pahat Malaysia)..moga Allah merahmati para masyaikh ini...

ziarah ilmu..

Alhamdulillah..syukur dapat menziarahi ustaz Fuad ebnu ali di madrasahnya di bawah Pertubuhan Murid Kitab Tua Melaka www.pmkt..com.my..moga Allah memberkahi usahanya dunia akhirat..

makalah wajib bulanan

inilah antara senarai bahan ilmiah yang wajib di beli setiap bulan..barangkali ada yang boleh di kongsikan.......

..Tuan Guru Imam Jamain an-Naqsyabandi al-Kholidi.


..Selamat menunaikan ibadah Umroh buat guru tercinta bersama zaujah..inilah soff-soff orang muda yang akan meneruskan perjuangan agama dunia akhirat,,mohon di doakan diberi petunjuk hidayah..

Penyampaian amanah Negeri Johor lok 9


..amanah yang wajib di laksanakan.Ya Allah berikan hamba-Mu petunjuk dan hidayah..

..ketika tiba usia 40 tahun...

Monday, February 1, 2010


...apakah kita tidak sedar usia berlalu menghampiri usia warning...sudah sampai saat untuk mengkoreksi ,memuhasabah diri....apakah dengan amal yg dilakukan mencukupi untuk di bawa mati..atau sememangnya masih mabuk dunia......nah ..buku ini menhuraikan pelbagai misteri usia 40,,,sama-sama kita ingat-mengingati..nasihat menasihatii..kerana agama itu nasihat....

..peringatan tentang umur insan..


..sebuah buku terjemahan daripada karya habib Abdullah al-Haddad rahimahullah..marilah kita muhasabah diri tentang hakikat umur kita ini..daripada tahap-demi tahap..apa sumbangan kita,,manfaat kita kepada orang lain..dari sudut agama,,kehidupan,ilmu dan sebagainyer..mudah-mudaha kita tidak termasuk dalam golongan org yang menzalilmi diri sendiri..jangan sia-siakan usia itu..berminat boleh hubungi saya...

..KUSZA@SZARC ..kenangan indah...

ALHAMDULILLAH..berkat kesabaranku dan doa kedua orangtuaku juga mereka2 yg mendoakan,,akhirnya dapat mengkhatam langkah pertama menuntut ilmu di KUSZA,,TERENGGANU(dip kewangan)......terima kasih buat sahabat2 yg mengiringi majlis konvo...

sekarang bekerja dan belajar lagi di UTm-Space (pengajian islam dan pendidikan)skudai johor..cabaran lalu berulang kembali..zaujah@wife pun belajar jugak..berjauhan tetapi dekat di hati,,nawaitu menuntut ilmu utk mndapat Redha Allah..amin

...suatu ketika dulu..


..alangkah indahnya suasana menuntut ilmu bersama orang-orang lama,,terpapar jelas kesabaran di wajah mereka,,jauah berbeza dengan kita yg senantiasa mahu"segera"..akibatnya mgaji x habis....
bak kata pepatah

berburu kepadang datar.
dapat rusa x berkaki,
berguru kepalang ajar
,ibarat bunga kembang x jadi....

..tari gelanggang bandar penawar..



...lihat lah anak-anak mluangkan masa berpeluh dia diatas gelanggang untuk membina jatidiri bangsa,memelihara khazanah warisan..nikmat senaman petua @ ST sehingga terasa "sedap badan"..jom kita ajak anak kita menghayati dan mengamalkan petua kesihatan turun temurun...

..tari pendekar....



..aktiviti kelab ANsor sek Agama Kg Tanjung Buai...wah bukan main hebat dan berbakat lagi anak-anak ini...seronok tampak wajah keseronokan dan merasai nikmat senaman petua melatyu dan tari pendekar Lok 9...untungnya dah dpt pendedahan awal khazanah warisan Melayu..balk kata kecil jangan disangka anak,,besar jangan disangka bapak!!!!!!!!!!!!!!

permata hatiku......

Sunday, January 31, 2010


..inilah dia lambaian hero dan heroin(samseng pun aderrr) kampung tanjug buai(anak-anak muridku lerrr..) terigat lah daku akan zaman kegemilangan riang ria kanak2....amacam geng..jgn sia-siakan masa anak-anak tuuuuu........

salam ukhuwwah...


...bermula sebuah catatan kalam digital maya buat warga pendidik@murabbi....