sila klik

Rumahtangga Bahagia

Monday, May 3, 2010


Hadith Rumah Tangga

فتنة الرجل فى أهله وماله وولده وجاره تكفر ها الصلاة والصوم والصدقة والامر بالمعروف والنهى ونهى عن المنكر



FITNAH BAGI SESEORANG LELAKI ITU PADA ISTERINYA, HARTANYA , ANAK-ANAKNYA DAN JIRANNYA. MENGHAPUSKANNYA OLEH SEMBAHYANG , PUASA , SEDEKAH DAN MENYURUH BERBUAT BAIK DAN MENEGAH KEMUNGKARAN.- riwayat al- Bukhari.

Maksud hadis:
1. Fitnah Ahli (isteri): Seseorang itu akan melakukan sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak halal demi untuk isterinya.

2. Fitnah Harta: Seseorang itu akan mengambil harta-harta dengan cara yang tidak halal dan menggunakannya kepada yang haram , dan juga dia akan mengambil daripada yang bukan sumbernya yang halal dan akan menggunakannya pada perkara-perkara yang tidak halal .

3. Fitnah Anak: Seseorang itu terlampau sayang pada anak, sibuk dengannya sehingga tinggal dan leka daripada membanyakkan amal kebajikan .
Ataupun maknanya: terlajak berusaha mencari nafkah sehingga tanpa memelihara batas-batas haram.

4. Fitnah Jiran: Berangan-angan mendapat harta seperti harta jiran dan angan-angan kalau-kalau harta jirannya itu hilang atau rosak binasa.


Maka akan menghapuskan fitnah tersebut dengan mengerjakan :

1. Sembahyang.

2. Sedekah.

3. Puasa.

4. Menyuruh buat baik dan menegah kejahatan. (amrun bil ma'ruf wa nahyun anil munkar).


= Huraian dan ulasan adalah sedutan dari kitab Hasyiah al Syanwani ala' Ibni abi Jamrah lil Bukhari. m.s 50.

masyaikh...


Almarhum Habib Anis bin Alwi Al-Habsyi bersama Habib Ali Jakfar Alaydrus (Batu Pahat Malaysia)..moga Allah merahmati para masyaikh ini...

ziarah ilmu..

Alhamdulillah..syukur dapat menziarahi ustaz Fuad ebnu ali di madrasahnya di bawah Pertubuhan Murid Kitab Tua Melaka www.pmkt..com.my..moga Allah memberkahi usahanya dunia akhirat..

makalah wajib bulanan

inilah antara senarai bahan ilmiah yang wajib di beli setiap bulan..barangkali ada yang boleh di kongsikan.......

..Tuan Guru Imam Jamain an-Naqsyabandi al-Kholidi.


..Selamat menunaikan ibadah Umroh buat guru tercinta bersama zaujah..inilah soff-soff orang muda yang akan meneruskan perjuangan agama dunia akhirat,,mohon di doakan diberi petunjuk hidayah..

Penyampaian amanah Negeri Johor lok 9


..amanah yang wajib di laksanakan.Ya Allah berikan hamba-Mu petunjuk dan hidayah..

..ketika tiba usia 40 tahun...

Monday, February 1, 2010


...apakah kita tidak sedar usia berlalu menghampiri usia warning...sudah sampai saat untuk mengkoreksi ,memuhasabah diri....apakah dengan amal yg dilakukan mencukupi untuk di bawa mati..atau sememangnya masih mabuk dunia......nah ..buku ini menhuraikan pelbagai misteri usia 40,,,sama-sama kita ingat-mengingati..nasihat menasihatii..kerana agama itu nasihat....